apologies to all who’ve been waiting for updates from me..
clearly i haven’t been in the mood of updating my blog since the network here (utp) is in a state of menyakitkan hati teramat sangat. blog updates should wait until another month. i’ll be home and alive enough to update on everything starting from Hari Raya Puasa up to Hari Raya Haji. indulge the pictures dudes and babes.
till then, wish me all the best for my coming final examinations and doakan la kebahagiaan dunia dan akhirat buatku sefamili. sekian, sape2 nk wat majlis kawen jgn lupe ajak. thanks!
Posted in broken_seal | 6 Comments »
it’s monday and surprisingly i woke up to the wake up call from cik ia - thanks babe~ =) after subuh prayers, x tdo, tetiba rajen iron baju bai, sempat check blog, comments from extended network readers - thanks for visiting & komen2~ klas kol 8, tp mandi kol 745. eheee~ hati berat sangat nk g klas sebenanye.. it feels like a heavy stone tied up to my butt, xmo kasik bangun dr kerusi ni utk siap2 g klas. hati kate xyah la gi.. as i arrived the lecture theatre, ade “attendance-check quiz” by dr amin.. hati kate “fuuh.. slamat aku dtg..”
2nd azab - jumpe dr razali hamzah (rh) to discuss my seminar presentation slides… last week he’s been shouting to the other final year students under his supervision for final year project… report salah format laa.. rubbish laa.. in the end, i submitted my progress report through his pigeon hole jek.. huu.. xya dgr dia bebel2 suro betulkn.. but nekad monday, kene jugak jumpe dia.. kasik sedap ati sndiri.. kene bebel pun, terima jela.. salah sndiri jugak x make time to meet him earlier.. hati kate berat giler nk jumpe rh hari ni.. dok luar office dia baca sket2 slides sndiri for about 15 mins, baca bismillah, called him. his room was so stuffy sbb air-cond not working, last2 kami lepak kat foyer diskas2.. he wasnt a bit angry pon~ hehehe… hati kate “waaahhh.. naseb aku jumpe rh pagi nih..”
at times, we tend to follow our heart too much. we tend to take whatever the heart says comes from the instinct within. sometimes, we need to fight what the heart says - if it’s for our own good. there’s no harm at taking chances. just be ready for what’s waiting. coz everything is worth a try. trust your guts, less on the heart.
believe it or not, sometimes..
apa kata hati?
ah - lu pikir la sndiri~
p/s: wait for hasel tembakan Ali di hari lebaran~ (huuu.. x sabo~~)
Posted in broken_seal | 7 Comments »
kadang2 diri ni juga perlukan masa untuk sendiri…
tp kadang2 menyendiri sangat menyepikan…
kadang2 hati lara perlu diubati…
tp kadang2 ubatnya hanya berdiam saja…
kadang2 teman2 sangat menceriakan hati…
tp kadang2 hari yang ceria berubah menjadi duka…
kadang2 berjauhan mengungkap segenap rindu…
tp kadang2 rindu itu x sempat dirasa…
kadang2 semangat membara hilangkan sengketa…
tp kadang2 luka lama kembali basah…
kadang2 kita bersedih bila hujan turun…
tp kadang2 hujan itu membawa rahmat…
kadang2 ribut itu menakutkan…
tp kadang2 pelangi yg muncul selepas itu sungguh menenangkan…
kadang2 kita nk luahkan rasa…
tp kadang2 rasa kita x smpai…
Posted in broken_seal | 1 Comment »
Ramadhan Mubarak
assalamualaikum w.b.t.
di kesempatan ini, kuingin mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak kepada semua muslimin dan muslimat. semoga ramadhan ini membawa hidayah dan barakah dalam hayat kita selama menjadi khalifah di muka bumi ini, insyaAllah. selamat menahan nafsu sendiri di bulan penuh erti kesabaran ini~
Posted in broken_seal | 2 Comments »
Tanah Tumpahnya Darahku
pernah suatu masa kurenung ke arah kiblat kejayaan
seolah-olah tiada tinggi langit kujunjung
tiada dalam laut samudera
mendaki curamnya gunung tertinggi
meredah gelora ombak melambung
kejayaan menggamit segenap sikap kebanggan
keringat menggamit segenap keriuhan
dan akhirnya menjadi paparan setiap mata yang memandang
pernah suatu masa dahulu kuintai jendela masa depan
melihat satu persatu kemungkinan
yang indah, menjadi milikku
yang suram menjadi pantangku
kini kuberpijak di ambang tengah hariku
termangu melihat segala kekalutan
kalut pemikiran, perkataan, setiap sudut kebadutan
menyentap hatiku bertegas berdiam
kupendam dalam
generasiku belum matang bangkit menggagahi perjuangan
generasimu belum berani melepaskan kegemilangan
apakah manipulasi menjadi santapan generasiku
sebagai pewaris takhta pusaka peninggalanmu?
segalanya masih samar buatku
kubiarkan jendela ini terbuka
suatu masa nanti akanku singgah semula…
Posted in broken_seal | 2 Comments »
kerana aku masih berada di sini, aku masih setia di sini
kerana aku masih dapat bertahan, aku masih berdiri
kerana aku masih mampu berfikir, aku tidak lari
kerana aku masih berharap, maka aku rajin mencari
- masih belum sempurna
Posted in broken_seal | 1 Comment »
pagi ini dalam diari hidupku. terjaga dari lena yang tidak bermimpi. malamku ditemani mukus yang menyekat saluran pernafasan melalui hidungku. paru-paru yang bengkak menghimpit saluran esofagusku. lalu kudengkuri tidurku bersama nafas yang berbunyi seperti wisel yang ditiup tanpa irama. bersama kemalasan kukuatkan juga kaki melangkah, tangan meraba-raba dalam kegelapan malam-pagi mencari inhaler di dalam beg. kusedut gas yang dipancitkan ke dalam mulutku. lega rasanya. walaupun hanya untuk sementara. kuyu mataku. pasti bengkak bila terjaga siang nanti.
sabtu kurasakan bahagia sekali. mungkin kerana hari sebelumnya memberiku kelegaan. lega kerana urusan-urusan internship sudah selesai. laporan-laporan mingguan, laporan akhir, semuanya selamat berada di tangan pensyarahku. lega kerana akhirnya aku berjaya mendapatkan tajuk final year project yang kuharapkan sesuai buatku. biarlah susah bunyinya. asalkan aku telah memilih mengikut kemampuanku. alhamdulillah. lega rasanya. biarpun buat sementara. mungkin kerana petang sebelum sabtu ini aku telah menjejakkan kaki ke padang jogging di hadapan universiti, dekat dengan pagar utama. pemandangan petang yang menyamankan. terima kasih nija kerana membawaku ke sana. walaupun tanpa dirancang. melihat ikan-ikan yang semakin banyak di dalam tasik yang luas. sayangnya ali tidak bersama. insyaAllah, akan kubawa ali bersama lain kali ku ke sana. sabtuku bermula di tengah hari. jangan gelak, memang diriku begini. tidak sanggup berpura-pura mengaku diri seperti gadis yang sempurna. bangun di awal pagi dan tidak ke mana di waktu malam. walaupun aku bukan juga seekor kupu-kupu malam. (skarang boleh gelak XD). rakan-rakan mengejutku. kami bercadang menghabiskan masa seharian di ipoh. gembira hatiku. terasa rindu makin terubat pada rakan-rakan. memang seharian di ipoh. malam singgah ke rumah opah. bukan opahku. opah rumet. maghrib dan isyak di sana. kemudian kami dihidangkan dengan durian yang sangat banyak. seronok kami menjamah isi-isi durian bersama manggis-manggis hasil kebun keluarga itu. bukan main lagi. padahal aku baru sahaja berjuadahkan nasi durian di rumah sebelum kupulang ke universiti. mungkin bahana dari makan beriya inilah yang membuat diriku kesesakan di waktu malam-pagi itu. =)
seminggu sudah berlalu. minggu pertamaku sebagai pelajar tahun akhir di universiti tercinta. janggal bukan kepalang hari pertamaku ke kelas. seperti pelajar baru. tidak kulihat wajah-wajah yang biasa. kerana mereka tidak lagi di sini. cepat masa berlalu. senior-senior tentu sudah berseronok kerana sudah tamat pengajian. menanti saat konvokesyen bulan hadapan. sayu juga hatiku. konvokesyen seterusnya aku pula bakal naik ke pentas menerima segulung ijazah dari tun, insyaAllah. memori yang terlalu banyak kupahatkan di sini. cap simen tapak kakiku masih ada di hadapan bangunan 22. =) mungkin tidak dapat kuceritakan dengan ayat-ayat yang sesuai. memoriku di sini hanya terpahat di hatiku. di benak akalku. sampai nanti tiba waktu memori bahagia yang lain bakal mengkaburkannya. sementara. zaman ini adalah sementara, bak kata seorang yang berpengalaman. terima kasih.
azamku untuk semester baru. setahun yang akhir. biarlah segalanya menjadi antara kenangan terindah buatku. kerana zaman ini datang sekali. kita hidup hanya sekali untuk ini. biarlah segalanya menjadi. semoga cita-citaku, semangat yang pernah kutanamkan sejak tahun pertama, menjadi kenyataan. semoga berhasil usaha-usahaku. ditemankan tawakkal dan kaf-ba-ro-kaf-alif-ta-nun dari Yang Maha Esa, doa ibu dan ayah, dan bimbingan para pensyarah. semoga semuanya berhasil. hanya yang terbaik kuharapkan. aamiiin…
permulaan suatu kisah yang baru dan menarik… life is the flower for which love is the honey (random quote =P)
Posted in broken_seal | 2 Comments »
last day in KLCC went hectic~ funny, coz everyone was so busy working on final reports on the last day and went back kinda late~ en akbal passed by the trainees workstation and went “hahahha~ semua busy ngadap report ke ni?” and off laughing away… when i looked up, yeah, damn funny~ everyone was there in front of the pc typing away on the last day. i couldnt help myself but laughed too. the trainees stayed back that day. until 8.25 p.m., i was the last trainee to walk out of the bustle.
that night, rerakan ajak dinner sama2. after long posts kat email tu (hari last mailbox penuh ngan spam antara rakan2 =þ), we decided to mkn at roma pizza, avenue k. x penah mkn situ, but ila suggested that place and she said pizza dia best~ so we lepak2 there.. balik kabir n nat hntr..
otw back, terbukak lak citer pasal kursus kawen. waaaaahh~ final year best time to go for kursus kawen ke eh? hahaha… a friend said, time uni years la nicest pegi kursus kawen ni. coz nnt dh keje busy ngan keje laa… mahal la… lama la.. huuu… so cane tu? kalau ade cik calon beriya ajak pegi, rakan2 pun ramai lak beriya nk pegi, why not kan? hahahhaa… adesss~ (kursus kawen ni kan bende baek.. ape nk gelak2 nih? x paham tol…) =þ
wonder who will get married first after grad ehh… eheeee… x sabar nye nk terima kad jemputan dr rakan2~~ ^___^v
sijil tamat training~
bendera di tmpt kami~ (nice, kan?)
sumandak bustle (f-nie)
jejaka2 bustle (farez, pokya, kuwey, izu n basil)
ptg di bustle (kala lampu telah dipadamkan)
mai, nyamok, pdax (betul ke eja?)
young couples: haq & zety, kabir & nat
ila & am
ameirul~
barisan hadapan
cik myra
Posted in fotogradis | 8 Comments »
received an email regarding our house grouping for the final year. my heart instantly crushed knowing that we are going to be separated. separated. after 3 years! not gonna describe in details.
for the past 31 weeks never a second my mind was not thinking of utp, the environment, the air, the people, the beautiful fridays, the breeze during “winter” (musim hujan)… and the friends.. the friends i’ve been through everything with… through ups and downs, thick and thin… happy times, sad times… most memorable moments.. birthdays… dinners… long night of chats.. mapley at odd hours.. those years have passed.. but the memories remain.
what happens now after 32 weeks? when we get back and not be together 24 hours, 7 days, 4 weeks, 12 months? final year is going to be different. it’s all going to be so much different. we’re all going to be so busy with our own routine, busy with our own lives.. and hang out is gonna be so once-in-a-blue-moon thing. for not loving the 32 weeks far from each other with all the drastic changes going on around us. for longing for these 32 weeks to pass by quicly. now that we’re finally done, here we are. separated. and this is very depressing. big time. i hope we can fight for ourselves when we get back to utp earlier than anyone else. yeah, that’s what i hope. and i hope everyone will be in for this. some pictures which makes my eyes filled with tears (no drops though):
thermo lab: myra, nija, me & nora
breakfast in mcD gopeng: nija, zety, me, ila, mai
hang out@s.parade: ila, tira, cda, rumet, me, mai, embun, myra
treasure hunt ‘06: teamo supremo, gadis melayu & road runners
treasure hunt ‘06: sweet taiping memory
pelangi di utp. missing every second of it
Posted in broken_seal | 10 Comments »
mencari erti dan makna suatu subjek yang makin menarik diilhamkan ketika usia meningkat dewasa - cinta. satu perkataan yang jarang sekali kuungkap mungkin kerana terlalu memalukan bagiku. kerana masih belum kufaham dan mengerti makna perkataan itu. cinta adalah suatu yang dijadikan Allah S.W.T. dan dari cintaNya wujudnya kita di muka bumi ini. kerana cinta dan kasih juga hadirnya keluarga dan sahabat-sahabat di sekeliling. namun erti cinta ketika usia meningkat remaja menjadi sesuatu yang jelek buatku. mungkin akan luahan perasaan hati sang remaja di sekeliling. mungkin juga kerana kejutan perubahan erti cinta itu buatku. mengenali cinta adalah sesuatu yang indah, dinanti-nantikan setiap insan. bila dan bagaimana, hanya doa dan tawakkal sahaja kepada Yang Maha Pencipta. kerana jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan. jodoh itu adalah rahsia Allah. dan setiap orang telah ditentukan dengan jodoh masing-masing. dengan huraian-huraian ini aku percaya bila nanti akan tiba juga masaku. di mana aku harus redha dengan ketentuan Ilahi, menerima dengan hati yang ikhlas. dan kuharapkan dengan cara yang diredhaiNya. dan pada masa itu insyaAllah akan kufaham erti cinta dan pengorbanan yang sebenar. di sebalik kisah cinta yang paling manis. melepasi batas anganku.
persepsiku tentang pilihan teman hidup bertukar dalam sekelip mata. bukan sekali kudengar nasihat-nasihat dari orang-orang tuaku tentang perkara ini. namun menghayati erti kata-kata ini lebih menusuk sanubari. memberikan gambaran yang lebih jelas. apa yang sebenarnya setiap insan perlukan - kedamaian. dunia. akhirat. segenap keinsafan menyelinap lantas kutitiskan air mata. mengimbas kekurangan diri sendiri. dosa-dosaku. layakkah diri ini mengimpikan sesuatu yang terlalu indah, terlalu tinggi? mencukupikah amalan-amalan selama ini untuk menginginkan hadiah agung dari yang Maha Esa? merendah diri merasakan betapa kerdilnya aku di medan ini. lemah. mudah terkulai. mudah tergoda dengan mainan duniawi.
doa dan harapanku. tujuan hidup dan matiku. tangisku bukan hiba.
ayat-ayat cinta
desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung
ku pertaruhkan
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud
– OST ayat-ayat cinta
Posted in broken_seal | 13 Comments »
|