Archive for July 5th, 2010

menari di atas pentas dunia

Tangga – Senyum Pada Dunia <<click link to listen

Dunia ini memang sungguh penuh dengan pancaroba. Hidup ini memang sungguh seperti terikat pada roda. Sering berputar sehingga terhenti nadi sendiri. Bila di atas, tidak kelihatan tanah di bawah. Bila di bawah, gelap hitam tidak terlihat cahaya harapan.

Sekiranya hidup ini terlalu lama menikmati kebahagiaan, sudah pasti diri akan seperti mati apabila disungkurkan mencium bumi. Itu lumrah yang mula kusedari, hari demi hari. Hidupku bagai masih belum tersungkur begitu. Pasti akan terasa juga suatu hari nanti. Hanya Yang Maha Esa Penentu segalanya.

Syukur, tarianku di dunia masih dalam sedar. Walaupun langkahku masih kecil, tarianku semakin rancak. Sehingga detik kutersungkur, nyanyianku pasti masih akan kedengaran. Kerana laguku tidak pernah berakhir. Kusematkan di setiap jiwa yang terlintas. Walau rentaknya berbeza, namun irama tetap sama.