Hariku, Bukan Hariku…
Terutama sekali, inginku ucapkan SELAMAT ULANGTAHUN BERSALIN YANG KE-23 kepada ibuku yang sangat manis. Terima kasih kerana melahirkan anak yang bertuah ini. =) Ibu, kudoakan kesejahteraanmu selama-lamanya.
Keduanya, terima kasih kepada ahli keluargaku yang sentiasa berada di dalam keadaan harmoni. Di waktu gembira dan sedih, kalian sentiasa berada di sampingku. Di waktu ku memerlukan sokongan, kalian sentiasa ada bersedia memberikan seluruh jiwa dan raga. Semoga Allah S.W.T sentiasa melimpahkan rahmat dan kasih sayang-Nya kepada keluarga kita.
Ketiganya, terima kasih buat teman-temanku yang masih belum putus-putus memberikan ucapan SELAMAT HARI KEJADIAN untukku semenjak seminggu yang lalu. Kalian selalu menghibur hari-hariku, tidak lekang juga menjadi tempatku mengadu. Semoga perkenalan kita dirahmati-Nya.
…
Malam ini bukanlah malam Jumaat di mana lazimnya kulafazkan ayat-ayat Surah Yasin. Namun malam ini, kuhadiahkan khas untukmu wahai sahabatku. Sempena setahun kau bersama-Nya. Semoga kau tenang di sana.
Yasin-ku beralun sayu…
al-fatihah
i miss her….
mudah2an rohnye dicucuri rahmat.. aminn..
aamiiin….