Posts Tagged ‘renung-renungkan’

menari di atas pentas dunia

Tangga – Senyum Pada Dunia <<click link to listen

Dunia ini memang sungguh penuh dengan pancaroba. Hidup ini memang sungguh seperti terikat pada roda. Sering berputar sehingga terhenti nadi sendiri. Bila di atas, tidak kelihatan tanah di bawah. Bila di bawah, gelap hitam tidak terlihat cahaya harapan.

Sekiranya hidup ini terlalu lama menikmati kebahagiaan, sudah pasti diri akan seperti mati apabila disungkurkan mencium bumi. Itu lumrah yang mula kusedari, hari demi hari. Hidupku bagai masih belum tersungkur begitu. Pasti akan terasa juga suatu hari nanti. Hanya Yang Maha Esa Penentu segalanya.

Syukur, tarianku di dunia masih dalam sedar. Walaupun langkahku masih kecil, tarianku semakin rancak. Sehingga detik kutersungkur, nyanyianku pasti masih akan kedengaran. Kerana laguku tidak pernah berakhir. Kusematkan di setiap jiwa yang terlintas. Walau rentaknya berbeza, namun irama tetap sama.

3 Amalan Yang Berkat

Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.”

-Bukhari

Dipetik dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Coretan hatiku: Ibu dan ayah adalah anugerah Allah S.W.T yang tiada tolok bandingnya. Maka hiasilah amalan kita yang tidak seberapa ini dengan mengindahkan hari-hari mereka. InsyaAllah, amalan inilah yang memberi kaf ba ro kaf alif ta nuun (keberkatan) dalam kehidupan dan rezeki kita sehingga ke akhir hayat.